XUsed

JANA PENDAPATAN MELALUI KITAR SEMULA


Pasaraya bagi Bahan Buangan

XUsed merupakan aplikasi bagi mereka yang inginkan pendapatan tambahan daripada penjualan bahan buangan mereka seperti minyak masak terpakai, surat khabar dan buku lama, aluminium, botol kaca dsb. XUsed akan hubungkan penjual dengan bakal pembeli atau pengumpul bahan buangan dengan menyediakan tarikh dan tempat pengumpulan. Aplikasi ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan pendapatan tambahan malah ia juga membantu alam sekitar hasil daripada kitaran semula bahan-bahan buangan


Memantau perolehan pendapatan anda

Dengan XUsed, kami sediakan paparan maklumat bagi penjual untuk memantau kuantiti bahan buangan mereka dan sistem akan mengira secara automatik jumlah pendapatan yang mereka perolehi


Jual bahan buangan anda dengan mudah

Untuk menjual bahan buangan anda, ianya cukup mudah. Apa yang perlu dibuat hanyalah dengan mengemaskini maklumat bahan buangan yang anda ingin jual dan seterusnya menekan butang ‘Jual Bahan Buangan’. Itu sahaja! Kami akan maklumkan kepada anda tarikh dan tempat pengumpulan bahan buangan secepat mungkin

Penjual

  1. Selepas mendaftar, pengguna baharu perlu mengisi maklumat dalam helaian profil dan akan dihubungkan terus secara automatik ke laman paparan
  2. Pengguna XUsed perlu mengemaskini kuantiti bahan buangan mereka dalam paparan
  3. Kami akan memaklumkan kepada penjual untuk membawa bahan buangan ke lokasi pengumpulan yang telah ditetapkan

Pembeli

  1. Anda boleh mendaftar sebagai Pembeli di XUsed dan isikan maklumat anda
  2. Selepas anda mengemaskini maklumat, kami akan menyemak dan akan memaklumkan kepada anda selepas akaun disahkan
  3. Anda boleh terus menggunakan paparan pembeli untuk membeli bahan buangan
  4. Selepas membuat pembayaran, pihak XUsed akan memberitahu tarikh dan lokasi pengumpulan

Minyak Masak Terpakai

Anda boleh jual sehingga RM 1/KG

Aluminium

Anda boleh jual sehingga RM 2.5/KG

Plastik

Anda boleh jual sehingga RM 0.1/KG

Kertas dan Buku

Anda boleh jual sehingga RM 0.1/KG

Kaca

Anda boleh jual sehingga RM 0.8/KG

Makanan Terbuang

Anda boleh jual sehingga RM 0.2/KG

Apa itu XUsed?

XUsed adalah platform untuk sesiapa yang ingin menjual atau membeli bahan buangan

Mengapa kamu perlu menggunakan XUsed?

XUsed menyediakan pasaraya yang menyediakan pelbagai jenis bahan buangan untuk dipamerkan oleh penjual dan untuk dipilih dan dibeli oleh pembeli atau pengumpul bahan buangan.

Di mana kami boleh jual bahan buangan?

XUsed akan menentukan pusat pungutan.Tetapi, pihak pembeli akan datang mengumpul bahan buangan di tempat anda jika kuantiti melebihi 100kg

Bila kami boleh menjual bahan buangan?

XUsed akan menentukan masa pungutan. Kami akan memaklumkan kepada penjual seawal 10 hari waktu bekerja supaya penjual boleh memperuntukkan masa untuk menghantar bahan buangan

Siapa boleh menggunakan XUsed?

Sesiapa sahaja boleh menggunakan XUsed samaada individu ataupun syarikat

Bagaimana penjual akan menerima pembayaran?

Anda hanya perlu mengemaskini maklumat berkaitan nombor akaun bank anda untuk menerima pembayaran. Maklumat anda selamat bersama kami. Anda akan menerima pembayaran dalam masa 3 hingga 5 waktu bekerja selepas hari pengumpulan